Apabila sultan berangkat ke satu tempat untuk menyempurnakan satu acara kita kata "Baginda berkenan mencemarkan duli...." Adakah tempat itu kotor sangat ke hinggakan boleh mencemarkan duli? Rakyat cukup jaga dengan kebersihan tempat yang dikunjung oleh sultan. Satu masa dulu almarhum Sultan Mahmod hendak melawat empangan Kenyir. Orang kampung dengan kerjasama Jabatan Bomba telah basuh jalan raya yang akan dilalui oleh sultan kerana jalan itu banyak najis lembu. Yang menyedihkan lagi bila sultan berangkat buka masjid pun dikatakan "Mencemar Duli" Bukankah masjid itu tempat suci?
Masa Sultan Mizan balik ke Terengganu untuk main kuda dalam hutan, tidak ada pun orang kata"Mencemar duli" pada hal kuda dan juga sultan munkin tercemar dengan keadaan dalam hutan.
Kita patut meninggalkan ungkapan ini kerana ia tidak lagi sesuai dengan zaman.
Monday, April 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment